Sabtu, September 26, 2009

SIKSA MENINGGALKAN SEMBAHYANG..

"Apakah yg menyebabkan kamu semua masuk ke neraka saqar ini ?"

mereka menjawab:"kami tidk termasuk dalam golongan org2 yg bersembahyang."

(surah Al-Mudathsir ayat 42 & 43)

SIKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA

Allah kurangkan keberkatan umurnya.
rezekinya disempitkan oleh Allah.
tiada tempat baginya di sisi agama Islam.
Doanya tertolak.
Hilang cahaya soleh dr wajahnya.
Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak diberi pahala.
SIKSAAN KETIKA SAKARATUL MAUT

Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina.
Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.
Matinya dalam keadaan yang sangat haus walaupun diberi air minum sebanyak 7 lautan.
SIKSAAN KETIKA DI DALAM KUBUR

Allah akan menyempitkan kuburnya sesempit-sempitnya.
Kuburnya akan digelapkan.
Allah akan menyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.
SIKSAAN KETIKA BERADA DI AKHIRAT.

Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat.
Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan.
Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalam neraka.

Renungan

LALUAN MENUJU KE KUBUR
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat & mengeji
b. Hindarkan perasaan irihati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan emas/perak
d. Sucikan kadha' hajat dgn istibra (berak/kencing)

LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu'min
c. Bayar semula kadha' yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Taala

LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
~~~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepda ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAKIM ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta'ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara'
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Kasihilah NAbi ALLAH
b. KAsihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S.a.w.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
~ ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i'tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Nama Syaitan Dalam surah Al-Fatihah

Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud di dalam Al-Fatihah yang disalah baca, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS

SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

AMIN ..............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA .... dua harakat, MIN .....

tiga harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat ..... Insya-Allah.

Semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Perhatian:-

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,

Insya-Allah.

Begitulah adanya bunyi risalah pendek tersebut.

12 WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIYIDINA

ALI IBNU ABBAS r.a meriwayatkan bahawa Ali bin Abi Talib berkata: “Pada hari perkahwinan dengan Fatiman, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku: · Hai Ali, takutlah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammans) tanpa memakai separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa yang memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat di jari telunjuk dan jari tengah. · Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang di lakukan oleh kaum Lut. · Hai Ali, sesungguhnya Allah mengkagumi hambaNya yang melafazkan istighfar: “Rabbighfirli fainnahu laa yaghfiruz-zunuba ila Anta” (Tuhanku ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan aku dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman: “Hai MalaikatKu sesungguhnya hambaKu ini mengetahui bahwa tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai MalaikatKu, jadilah saksi bahasanya Aku mengampunkan dia.” · Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai Kazzab(pendusta). Dan bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai Siddiq(benar). Ketahuilah engkau bahawa siddiq itu berkat dan kazzab itu celaka. · Hai Ali, peliharalah engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang yang demikian itu diwajibkan ke atas siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. · Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah engkau jadikan Allah permainan sumpahmu. Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya. · Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari. · Hai Ali, takutlah engkau dari berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan. · Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hambaNya. Perlahankanlah diri engkau daripada di kuasai oleh kemarahan dan kembalilah kepada kesabaran. · Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah S.W.T · Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni hendaklah engkau berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi oleh seluruh isi langit dan bumi. · Hai Ali, perbaikilah hubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan di antara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekalian dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan. Nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engaku. - Hai Ali, peliharakanlah pesananku (waasiatku). Engkau akan memperoleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah.

>MUTIARA MINDA

>Teringat pesan ayahanda...

>"Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat,

>gantikanlah

>dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun

>dari

>mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami...

>Sesungguhnya

>Engkau maha penerima taubat...

>

>Peringatan buat diriku yang sering lupa........

>

>Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita

>ini

>hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah.

>Apakah

>bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita

>mengejar

>kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang

>sebenar..

>apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut

>menagih

>ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita

>cari.

>Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada

>jerebu,

>kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi,

>peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian

>Allah

>kepada

>kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah

>bala!!

>Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam????

>Maka,

>adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa

>kita ke

>Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita! adalah kerana usaha

>dan

>ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat,

>bijak,

>rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang

>ada

>pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu

>akan

>menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita

>seorang

>Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah

>walau

>sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran

>airmata

>kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa

>minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...

>Tidakkah kita

>berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah..

>

>Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada

>Rasulullah...

>

>Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???

>

>Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang

>berasal

>

>dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan

>Allah????

>

>Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih

>

>mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu.

>

>Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah

>

>kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita

>kerana

>gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus

>mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan

>umat

>Islam

>jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.

>

>Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang

>tidak

>berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa.

>Dosa!!!

>

>Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh

>menghapuskan

>dosa

>seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat????

>Siapakah

>kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah

>kita

>berhadapan dengan malaikat maut. Apakah kita merasakan diri kita

>terlalu

>mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan

>mungkar.

>

>

>Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup

>aurat? Kita

>solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... **

>kita

>yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah? Kita minum ... ** kita

>yakin

>di

>akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum

>sekarang?Kita

>ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah? Kita cemerlang dalam

>SPM,PASCAL,

>LOGIK, TITAS,C++, ... * kita yakin semua itu dapat membantun kita

>menjelangnya fitnah kubur? Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita

>mulia

>sehingga dapat membela kita di hari akhirat? Kita sihat ... ** kita

>yakin

>Allah muliakan kita? Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah

>kerana

>menarik balik nikmat kesihatan?

>

>Siapa Kita????

>

>Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina..

>betapa

>hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa.

>Bersedialah

>menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul

>maut.

>Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya.

>

>Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!

>

>Siapa kita....????

Bissmillaahirrahmaanirrahiim

Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malams ehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat,w alau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

BILA AL-QURAN MULA BEBICARA

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

( dieditkan oleh senaki )
************************************************************************
Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat.
************************************************************************ Anda ingin menjadi DA'I SEJUTA E-MAIL
tolong anda kirimkan artikel ini kepada sesama muslim,
baik keluarga, sahabat dan siapapun yang anda kenal
atau silakan cetak untuk bacaan keluarga di rumah.
Terima kasih.
Wa Billahit-taufiq wal-hidayah
Wassalamualaikum wr.wb
"Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk duniamu,
Utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk akhiratmu"



Bissmillaahirrahmaanirrahiim



Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di laut.

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselip perkataan yang tidak patut.
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang dan malams ehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi,mudah-mudahan ingat,w alau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.

Jumaat, September 25, 2009