Sabtu, September 26, 2009

12 WASIAT RASULULLAH KEPADA SAIYIDINA

ALI IBNU ABBAS r.a meriwayatkan bahawa Ali bin Abi Talib berkata: “Pada hari perkahwinan dengan Fatiman, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, mengutarakan 13 wasiat khusus untukku: · Hai Ali, takutlah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammans) tanpa memakai separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa yang memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat di jari telunjuk dan jari tengah. · Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang di lakukan oleh kaum Lut. · Hai Ali, sesungguhnya Allah mengkagumi hambaNya yang melafazkan istighfar: “Rabbighfirli fainnahu laa yaghfiruz-zunuba ila Anta” (Tuhanku ampunilah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan aku dosa melainkan engkau). Allah lalu berfirman: “Hai MalaikatKu sesungguhnya hambaKu ini mengetahui bahwa tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai MalaikatKu, jadilah saksi bahasanya Aku mengampunkan dia.” · Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai Kazzab(pendusta). Dan bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai Siddiq(benar). Ketahuilah engkau bahawa siddiq itu berkat dan kazzab itu celaka. · Hai Ali, peliharalah engkau daripada mengumpat dan mengadu domba. Bahawasanya orang yang demikian itu diwajibkan ke atas siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. · Hai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah engkau jadikan Allah permainan sumpahmu. Sesungguhnya Allah tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan namaNya. · Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari. · Hai Ali, takutlah engkau dari berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan. · Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hambaNya. Perlahankanlah diri engkau daripada di kuasai oleh kemarahan dan kembalilah kepada kesabaran. · Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada Allah S.W.T · Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni hendaklah engkau berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi oleh seluruh isi langit dan bumi. · Hai Ali, perbaikilah hubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan di antara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekalian dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan. Nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engaku. - Hai Ali, peliharakanlah pesananku (waasiatku). Engkau akan memperoleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah.

Tiada ulasan: